top of page

8.8 KSSM DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

 

 

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) telah digubal dam dua bentuk :

 

i)  Standard Kandungan

Merangkumi pernyataan spesifik berkaitan perkara yang patut murid ketahui dan boleh dilakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

ii)  Standard Pembelajaran

Merangkumi penetapan kriteria dan indicator kualiti  pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

 

Kaedah pembelajaran yang mengaplikasikan kaedah pemusatan murid :

  1. Pembelajaran Berkolaboratif

Pembelajaran yang dilakukan secara berkumpulan lebih berkesan berbanding pembelajaran secara individu. Dengan kaedah berkumpulan, pelajar mampu mengembangkan minda, berfikiran lebih kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah. 

  1. Kemahiran

Pemfokusan KSSM adalah terhadap penguasaan dan kemahiran pelajar yang diterapkan menerusi pembelajaran yang dipelajari. Sebagai contoh, mata pelajaran Sejarah berkaitan semangat perpaduan diterapkan dan diaplikasikan dalam kehidupan mereka.

  1. Pentaksiran Formatif

Pentaksiran formatif merupakan satu jenis ujian secara formal atau tidak formal. Ia bertujuan unruk mengesan tahap kemajuan pelajar dan membaikinya dalam kadar segera. Ujian ini boleh dilakuakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan samada secara individu atau berkumpulan.

bottom of page